Monday 25 February 2013

MASAK LEMAK CILI API KETAM

3-5 ekor ketam (dicuci bersih dan di potong 2 bahagian)
1 biji nenas (saiz kecil) dihiris nipis
*1 labu bawang besar
*3 inci kunyit hidup
*1/2 cawan santan cair
* 5-10 tangkai cili padi (kalau xsuka pedas kurangkan)
*1 biji cili merah
1 keping asam gelugur
1 cawan pati santan
1 helai daun kunyit
2 batang serai diketuk
garam

cara:
1)bland bahan bertanda * dan masukkan bersama ketam, serai dan asam gelugur ke dalam periuk.tutup periuk dan masak sampai mendidih.
2)bila mendidih masukkan nenas,pati santan dan daun kunyit. perasakan garam.
3)gaul sebati semua bahan dan masak dengan api kecil sampai mendidih.kena kerap kacau2 kuah supaya santan xpecah minyak..padamkan api.sedia hidang.

MURTABAK MEGGI

-3 bungkus meggi kari
-3 biji telur gred A
-isi ayam
-hirisan kubis
-bawang merah n putih racik halus
-minyak utk tumis
-carrot dipotong halus
-kentang didadu kecil
-daun bawang n daun sup

cara: meggi direndam air panas.dan tapiskan.
tumis bawang, masukkan 2 bungkus perencah meggi shj dan sedikit air.masukkan isi ayam.bila ayam dah empuk masukkan kentang dan carrot. biar sampai hampir kering.pecahkan telur. campurkan bahan yg ditumis tadi.taburkan daun bawang/sup.gaulkan bersama meggi..tuang dalam pan vantage.bakar menggunakan api kecil 6-8 minit.balikkan pan..bakar lagi 4-5 minit. siap..boleh potong dan hidang.hidangan boleh dimakan oleh 4-5 org.

DAGING MASAK HITAM

Bahan-bahan ( 10 orang )
1 kg daging
30 biji cili kering
1 sudu serbuk jintan putih
1 in halia
10 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
10 biji bawang besar
2 batang serai
2 tangkai daun kari
2 helai daun pandan
1/4 cawan tomato sup (kimball/heinz)
1/4 cawan kicap manis
1/2 cawan minyak masak
3 biji tomato dihiris
asam jawa, garam
sebiji @ 2 biji rempah tumis terdiri dr kulit kayu manis, bunga lawang,pelaga, cengkih
daun pudina kalau suka
Cara-cara

daging potong 18
bawang kecil, bawang putih halia di kisar
bawang besar dikisar berasingan
cili direbus dan kisar dengan sedikit minyak. gaul daging dengan bahan kisar dan serbuk jintan putih, tinggalkan sedikit bawang besar untuk buat penumis
panaskan minyak, tumis bawang besar dengan rempah penumis, serai ketuk dan daun pandan
masukan daging bersama bahan kisar lain dan kicap
apabila separuh masak masukan tomato buah, tomato sop dan daun kari
kecilkan api biar mereneh hingga daging empuk
apabila hampir masak masukan asam jawa , garam dan daun pudina
ha....ini la daging hitam nasik kandaq

DORAYAKI

Bahan-bahan:
( 10 biji )

100 tepung gandum
½ sudu kecil baking soda
60 gm gula halus
2 sudu besar madu(saya pakai madu kurma)
2 biji telur
½ sudu besar minyak masak
½ sudu kecil esen vanilla
2 sudu sy apple cider vinegar (cuka kurma dan etc juga boleh)
Inti: kacang merah yg manis,kaya,jem buahan mengikut citarasa.

Cara membuat:

Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati. Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat.(saya pakai plain water sahaja) Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4". Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).Letak inti.

MASAK LEMAK CILI API UDANG

BAHAN2
1/2 KG UDANG
4 ULAS BWG MERAH
3 ULAS BWG PUTIH
1 1/2 INCI KUNYIT HIDUP
15 BIJI CILIPADI
BAHAN2 DIATAS DIKISAR
GARAM SECUKUPNYA
GULA SEDIKIT
2 BATANG SERAI
3 CAWAN SANTAN
1/2 BIJI NENAS DIPOTONG IKUT KESUKAAN
CARA2
BAHAN KISAR TADI MASUKKAN KEDALAM PERIUK
BERSAMA SANTAN MASUKKAN NENAS SERAI MASAK SEHINGGA NENAS LEMBUT
SENTIASA KACAU KUAH SUPAYA TAK PECAH MINYAK
MASUKKAN GARAM DGN GULA
MASUKKAN UDANG DLM 2 MINIT BAB LM2 UDANG KERAS
TUTUP API DAN HIDANGKAN

KARI IKAN TENGGIRI

6 keping ikan tenggiri 6 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih Sedikit halia sebesar ibu jari 1 sudu teh lada hitam
(kesemua bahan ini dikisar halus). 1 cawan santan pekat. Setangkai daun kari sedikit asam jawa. 4 sudu besar serbuk Kari
2 sudu besar serbuk cili

Cara :

Panaskan minyak didalam periuk. Tumis bahan2 kisar tadi hingga naik bau. Masukkan daun Kari dan juga rempah kari diikuti dgn serbuk cili. Kacau sehingga pecah minyak dan rempah garing. Masukkan air, asam jawa serta santan pekat tadi. Kacau, apabila mendidih satukan Ikan dalam kuah. Rasa garam. Biar seketika...ketika ini bolehlah masukkan spt tomato, bendi dan sebagainya jika ada...

DONUT GEBU

Bahan-bahan
1kg tepung gandum
1/2 tin susu pekat manis
11gm mauripan
100gm planta
500ml air suam @ secukup untuk menguli
minyak untuk mengoreng
gula kastor untuk ditabur

Cara -cara
1.tepung gandum dan planta disatukan dan gaul rata
2.susu pekat manis dibancuh dengan air suam
3.masukan mauripan kedlm bancuhan air susu rehatkn dan bg naik
4.tuangkan bancuhan mauripan kedlm adunan tepung dan uli sehingga tidak melekat ditangan
5.rehatkan doh selama 10-15minit atau naik 1 kali ganda dan tutup dengan kain
6.tumbuk doh tadi dan boleh dibentuk
7.selepas dibentuk rehatkan 5-10minit
8.panaskan minyak yang secukupnxa dan goreng dengan api yang kecil sehingga kekuningan
9.golekan dengan gula

* sekira adunan doh terlalu lembik boleh masukan sedikit tepung gandum *

KEK PUDING LOVE


Gula Hangus 
2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras

Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.

Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.

Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Panaskan oven terlebih dahulu. Ita (Saya juga) panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven (saya juga) tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.


Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadiLetakkan pada rak bawah dalam oven.Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.Selepas masak saya biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk

BLACKPAPPER CHICKEN MUSHROOM

1/2 kg ayam (dipotong & dibersihkan)
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
sebiji bawang besar (dihiris halus)
sebiji halia (dihiris halus)
50 gm cendawan shitake (dihiris)
2 biji kentang (dipotong jejari)
1 sudu sos tiram
1 sudu nampla (sos ikan)
1 sudu black pepper yg telah ditumbuk (tumbuk halus @ kasar,terpulang kpd selera)
1 tangkai daun kari
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

cara2nya:
tumiskan bawang putih,bawang besar,halia sehingga kekuningan.masukkan daun kari,tumis sehingga naik bau.masukkan sos nampla dan sos tiram.gaul sekejap,kemudian masukkan kentang dan cendawan shitake.gaul sekejap sehingga jus cendawan keluar (dalam 2-3 minit).kemudian,masukkan ayam.setelah ayam hampir masak,masukkan black pepper dan sesuaikan rasa dengan garam secukupnya.tadaaaa!black pepper chicken mushroom siap!slmt mencuba~ :

CREPE STRAWBERRY.BLUEBERRY,KIWI

bahan-bahan

-20gm tpg gandum
-20gm tepung ubi
-10gm tpg kastard
-10gm tpg jagung
-1 biji telur
-1 sdk myk masak
-1 sdb gula halus
-40ml susu cair
-150ml air
-sedikit pewarna (merah,hijau,ungu).ikut Suka.
-1 sdk esen vanila/perisa Stawberry ,blueberry Ikut perisa yg hendak dibuat.

cara-caranya
masuk semua bahan kedalam mangkuk.sebatikan dengan whisk dan tapis..
kalau pekat tambah air sedikit,letak pewarna yg kte mahu,sebelum itu
.Asingkan 1 Senduk kecil utk pwarna kesukaan,ikut suka nk bt warna apa,klu cair tmbah kan sedkit tepung.masukkan Dlm piping bag..
ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yangg dipegang..
layangkan kuali agar adunan sekata,agak2 sedkit kering titis kan pewarna kesukaan anda,biar warna contra lain cantik..utk corak Polkadot.
masak atas api kecil.
masak hingga kering angkat tak perlu terbalikkn semasa mengangkat.

filling cream cheese
-150ml fresh cream diputar hingga kental
50gm cream cheese putar sehingga lembut.campur dgn whipping cream diatas kacau sebati secara kaedah kaup balik.
- filling Stawberry ,blueberry ,kiwi secukupnya
Hirisan buah Stawberry , kiwi, blueberry secukupnya.

-letakkan cream cheese td letak hirisan buah2han kesukaan Ikut Suka nk Bt perisa apa. dan letak lagi cream cheese td di atasnya.
-lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah.

PUDING TRIFFLE

bahan:
1-1 biji swiss role cake..apa2 perisa pun xpe..sedapnya pandan
2- 1 tin susu cair
3- 1 tin air (utk masak castard) ikut ukuran tin susu cair
4- 1 tin fruit coactail
5- 4 sudu penuh tepung castard
6- 7 sudu gula
7- Jelly konyaku 1 paket 250g
8- air 1 liter (utk masak dgn jelly)
*optional: 1/2 tin jagung krim dalam tin
Cara:
1- Potong 1 biji swiss roll cake (lebih kurang 1-2 inci). perisa apa pun xpa.susun dalam bekas (nak nampak cantik guna bekas kaca)
*kalau nak renjis2 air buah koktail tu pun boleh...tp sy xletak sbb xnak kek tu lembab/basah..sy suka kering2 ja...

2- masukkan dalam periuk, 1 tin susu cair bersama 1 tin air (ikut tin susu cair tu), 7 sudu gula dan 4 sudu tepung kastard,(saya tambah 1/2 tin jagung krim), masak atas api sederhana sampai pekat.tuangkan atas kek tadi.

3- taburkan 1 tin besar buah2an koktail (nak tambah nata de coca pun boleh)

4. masak 1 paket jelly konnyaku (nak guna perisa apa pun xpe..tp saya guna yg xdak perisa supaya senang nak letak warna apapun) bersama 1liter(ikut sukatan air pada paket jelly ni) dan pewarna.bila dah larut tuangkan atas susunan buah2 koktail tadi..sejukkan....mudah n ringkas..

*kalau nak ganti jelly konyaku dengan agar2 serbuk@tali pun boleh..tp kena tmbah gula.

CENCARU SUMBAT

2 ekor ikan cencaru sederhana (belah belakang)
kunyit hidup 2 inci
kelapa parut 1/2 biji
cili padi 5-6biji
bawang merah 2-3 ulas

garam
gula
serbuk kunyit

cara:
gaulkan ikan dengan garam halus dan serbuk kunyit..
tumbuk bawang merah,cili padi.campurkan kelapa parut,gula dan garam.tumbuk lagi.kemudian sumbatkan dalam ikan.(kalau xnak tumbuk,bland pun boleh) masukkan ikan yg disumbat dalam grill pan vantage.bakar dalam 8mnt..balikkan...dan masak lagi 8mnt..siap..
kalau nak goreng, boleh gaulkan ikan yg dah disumbat dengan sedikit tepung jagung..barulah isi dlm ikan xterkeluar masa goreng.

BLUEBERRY CHEESE TART


170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

filling : blueberry

250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Putar dia sampai berkilat

Masukkan filling ke dalam kulit tart, blueberry filling, cream cheese. akhir sekali letak choc cadbury dan choc chip. bakar dalam 15minit. sedia dihidang.

KETAM KARI

Bahan
-Ketam 3 - 4 ekor dibelah 2.
-Bwg merah 20 biji - mesin
-Bwg putih 5 ulas - mesin
-Halia 1 inci dihiris halus
-Cilibo 3 sudu besar (cili kering pn boleh-kalau suka pedas)
-Air asam jawa sikit
-Daun kari 2 tangkai
-Rempah kari ikan/ayam 6 sudu besar.
-Gula melaka/gula biasa.
-Air sikit.
-Minyak utk menumis.
(kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga dan cengkih sbg bahan tumis)
Caranya
1.Tumis bhn tumis.Masukkan bwg merah dan bwg putih yg dimesin.Cilibo juga.
2.Masukkan daun kari dan rempah kari.Tumis smpai naik bau.
3.Masukkan air asam jawa.
4.Masukkan ketam dan tambah air.
5.Masukkan gula melaka,garam dan aji no moto jika suka.
6.Biarkan menggelegak.Bila agak kering...tutup api.
*ada juga yg suka tambah telur yg dipukul dlm kuahnya...supaya kuahnya lebih pekat.

MINI MURTABAK

bhn2:
sebiji bwg putih (racik/dadukan)
1/2 biji bwg besar (potong dadu)
2 biji kentang (potong dadu)
1 senduk mix vegetable
isi ayam(ptg kecik2) - blh ganti daging kalau suka
1 1/2 sudu rempah kari (xkesah apa2 brand)
2 biji telor ayam
garam secukupnya
kulit popia
minyak utk menumis dan goreng

cara2:
-tumis bwg putih,
-masuk serbuk rempah kari daging yg dibancuh dgn sdkt air
-tggu pecah myk, masuk isi ayam dan air
-agak mendidih/hampir msk, msuk kentang,msk garam
-bila kentang dah empuk,msk bwg & mix vegetable,
-gaul rata & biarkan seketika sblum ttp api
-pecahkan telur dlm inti tadi
-letkkan 2-3 sudu int dan balut inti tu atas kulit popia
-ms nak goreng, letak myk 1 sudu ja dalam pan
-goreng sampai garing...then balikkan..
-biar garing lg sebelah...siap hidang.

ONION RING


Bahan:
Bawang Holland berapa byk ikut suka
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
Air soda 1 cawan
Bahan perasa (garam, blackpepper, cayenne pepper, garlic powder and etc)
Bread crumbs * sy buat sendiri sahaja

1. utk buat bread crumbs, panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius. Ambil 7 keping roti apa sahaja pun dan mesin sehingga hancur menggunakan dry blender. Campurkan dgn sedikit garam. Bakar selama 10 min atau sehingga telah garing.
2. Campurkan tepung gandum, jagung, air soda. Kacau sebati. Tekstur yg tepat adalah sedikit pekat. Campurkan bahan perasa. Simpan di dalam peti sejuk selama 30 min utk hasil yg lebih rangup.
3. Panaskan minyak, potong bawang dan kemudian leraikan. Celupkan dengan batter yg telah dibancuh, kemudian menggunakan garfu, angkat dan gaul dengan bread crumbs. Kemudian goreng sehingga kekuningan.

Selamat mencuba! Tak payah beli dah lepas ni sbb mmg sgt mudah dan sedap! :)
 — 

PAVLOVA

4 biji putih telur -suhu bilik
200g gula kastor - boleh kurangkan 10% utk kurang manis
1 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil tepung jagung
1/2 sudu kecil vanilla esen
1 cawan whipping cream -dipukul kental
Buah-buahan utk dimakan bersama pavlova seperti strawberry, blueberry, kiwi

1. Panaskan oven pada suhu 130'C selama 10 minit
2. Alaskan loyang pembakar dgn kertas minyak
3. Pukul putih telur hingga kembang (soft peak) dan masukkan gula sikit sikit sampai putih telur jadi stiff peak dan berkilat
4. Masukkan tepung jagung, cuka dan vanilla, gaul gunakan spatula getah
5. Tuangkan ke atas kertas minyak tadi dan bakar antara 60-75 minit
6. Biarkan sejuk didlm oven 30 min sebelum ditarik perlahan2 dari kertas minyak
7. Letakkan whipping cream dan buah diatasnya.

POPCORN PAN VANTAGE

resepi:
1 sb mentega (eden guna butter)
2 sb minyak masak (minyak jagung pn boleh)
1/2 cawan jagung kering (beli kat bahagian rempah ratus kat giant)
*5 sb gula
*1 sb mentega
bahan * utk buat karemel (gaul/sira atas popcorn last skali)

mula2 panaskan minyak n butter..masukkan 2-3 biji jagung..tggu meletup..pastu baru masuk semua..then bila dah abis meletup angkat dan goyang2 pan..letak atas api sat..goyang2 pan dan matikan api. kemudian buat karamel..masakkan gula sampai hampir cair..tmbah butter..bila dah perang2 tu sirakan atas popcorn yg dh kembang tadi..(tp den tuang popcorn dr pan ke kuali dan gaul terus popcorn dlm kuali yg masak karemel....dah siap..tgu sejuk skit leh makan ya..meh kita try..

MASAK LEMAK PUCUK PAKU


ikan bilis (ikut nak letak bnyk mana)
1-2 cawan santan cair
1/2 cawan pati santan
*1 labu bawang besar
*1-2 inci kunyit hidup
*10tangkai cili padi
*1 biji cili merah
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa

bland semua bahan *..last skali masukkan bilis n bland sikit ja..jgn sampai bilis hancur(kalau xnak bland bilis pun boleh)..masukkan bahan yg dibland dalam periuk bersama pucuk paku dan asam keping.masak sampai pucuk paku empuk.last tmbahkan garam dan pati santan..masak sekejap sj...supaya xpecah minyak. 

APAM BALIK PANDAN

Bahan A
5 helai daun pandan
1 1/2 cawan air
2-3 titik pewarna hijau apple

cara: kisar semua bahan dan tapis ambil airnya shj
*kalau xde daun pandan gantikan dengan asen pandan 1 sudu

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 biji telur
1/2 cawan gula
secubit garam

cara:
-ayak tepung,soda dan baking powder sampai sebati
-bland gula dan telur sampai kembang (nak pukul guna mixer pun boleh)
-masuk tepung selang seli dengan air daun pandan tadi (bahan A)
-masukkan garam..bland sampai sebati

Bahan C
-jagung cream (dalam tin)
-gula
-kacang tanah goreng yg ditumbuk

cara penyediaan

-tuang 1 senduk adunan atas non stik pan (sy guna pemanggang vantage)..xperlu letak minyak
-taburkan gula,jagung krim dan kacang tanah tumbuk
-biar garing dahulu baru lipat dan angkat
-boleh sapu mentega atas permukaan apam balik kalau suka..

*1 adunan ni boleh dapat 6-7keping apam bergantung kepada saiz senduk masing2 

LAKSA SINGLAP

Bahan-bahan untuk kuah:
300-400 gm ikan tenggiri/parang atau lain2 
(kukus, ambil isinya dan lecek halus)
(saya gunakan ikan mackerel dlm tin- cuci bersih
dan buang sosnya dan lecek halus)
3 batang serai }
2 cm lengkuas }
4 ulas bawang putih }
2 biji bawang besar }…dikisar halus3 sudu besar kerisik kelapa
400 ml santan pekat (dlm kotak)
2-3 cawan air (atau secukupnya)
3 sudu besar (bumbung) rempah kari ikan
sedikit air asam
5 sudu besar minyak utk menumis
garam secukup rasa
serbuk perasa (optional)

Bahan-bahan untuk Sambal
20 tangkai lada kering - rendam dengan air panas
sehingga kembang, tos, dan kisar dgn sedikit air dan bubuh sedikit garam.

Bahan-bahan untuk tabur:
Sedikit daun kesum atau selasih (cuci bersih dan hiris halus)
150 gm taugeh (bersihkan, buang akarnya, cuci bersih dan toskan)
2 btg timun (buang kulit dan hiris halus)
1 –1 ½ kg mee laksa (celur & toskan)

Peraturan membuat Kuah :
Ikan dibersihakan dan kukus. Ambil isinya saja dan dilecek halus atau kisar.
Gaul rempah kari ikan dgn bahan2 kisar lalu ditumis sehingga garing dan naik aromanya. Masukkan santan pekat dan 2 cawan. Kacau sekali-sekala dan kemudian dibiarkan sehingga kuahnya naik minyak. Jika kuahnya terlalu pekat, tambah sedikit air lagi mengikut citarasa anda. Kemudian bubuh garam secukup rasa.

Cara menghidang
Mee laksa yang telah dicelur diletakkan dalam mangkuk. Atur diatasnya taugeh yg sudah dicelur, hirisan timun dan hirisan daun kesum atau selasih. Tuangkan kuah diatasnya. Letakkan sedikit sambal. Hidangkan panas-panas.

SAMBAL TUMIS TELUR REBUS PETAI

1 senduk cili boh
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
garam dan gula secukup rasa
3biji telur rebus
minyak utk menumis
bawang merah n bwg putih utk menumis
3 papan petai (ambil isi shj)

-rebus telur sampai masak..kupas kulit...panaskan minyak..masukkan telur rebus..biar kekuningan kulitnya..balik2kan dan angkat.
-masukkan bawang dalam minyak tadi biar kekuningan.masukkan cili boh, sos cili n sos tiram..biar betul2 masak san pecah minyak..masukkan gula dan garam...masukkan perai
-biar sampai mendidih..boleh tmbah air atau pati santan kalau xnak kering sgt..akhir sekali masukkan telur. kacau sebati..padamkan api.

NASI AYAM HAINAN

BAHAN BAHAN
1 ekor ayam
Garam kasar
4'' halia muda saiz 1/4'' setiap satu
2 batang daun bawang saiz 1" setiap satu
1 sudu kecil sesame oil

UNTUK NASI
2 sudu besar chicken fat atau 2 tbsp vegetable oil
3 ulas bawang putih - cincang
1'' halia muda - cincang
2 cawan beras basuh dan rendam dalam 10 minit
2 cawan air rebusan ayam
1/2 sudu kecil sesame oil
1 sudu kecil garam

UNTUK SOS CILI
1 sudu besar air perahan limau nipis
2 sudu besar air rebusan ayam
2 sudu kecil gula
2 sudu besar sriracha chili sauce
4 cili merah dan sedikit cili padi
4 ulas bawang putih
1'' halia
sedikit garam

UNTUK SOS AYAM
1 sudu besar minyak garlic
1 sudu kecil sesame oil
5 sudu besar light soya sauce
1 1/2 sudu besar gula
3 sudu besar air rebusan ayam

UNTUK HIASAN
1/4 cawan dark soy sauce
Sedikit daun ketumbar
1 timun

CARA CARA
1. Bersihkan ayam dengan menggosok kulitnya dengan garam luar dan dalam bagi menghilangkan sebarang kekotoran. Bilas. Lumurkan garam luar dan dalam. Masukkan halia dan batang daun bawang ke dalam ayam. Letakkan ayam ke dalam periuk besar dan isi dengan air setinggi 1 inci menenggelamkan ayam. Panaskan dengan api yang besar sehingga menggelegak. Sebaik memggelegak, perlahankan api bagi air mendidih perlahan selama 30 minit. Cucuk dengan chopstik di bahagian paha untuk melihat samada ayam dah masak.

2. Selepas ayam masak, tutup api, keluarkan dan rendam ayam dalam air ais untuk menyejukkannya dan menghentikan proses ayam dari terus masak. Ini akan menjadikan kulitmya rangup dan isi nya lembut. Buang halia dan daun bawang. Simpan air rebusan untuk kegunaan lain.

3. Untuk memasak nasi: Tos beras yang direndam. Panaskan 2 sudu besar minyak dari lemak ayam, masukkan bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan beras dan goreng sekejap dalam 2 minit. Masukkan minyak sesame dan garam. Masukkan air rebusan ayam dan masaklah dalam periuk elektrik. Jika suka boleh juga letak daun pandan.

4. Sementara nasi masak, keluarkan ayam dari air ais dan lumurkan luar dan dalam dengan minyak sesame. Potong ayam untuk dihidangkan. Atau boleh juga, dipotong dahulu sebelum melumur. Sebelum dihidang, tuang sos ayam ke atas ayam yang dipotong

5. Untuk membuat cili sos: Kisar semua bahan sehingga halus.

6. Untuk membuat sup: Panaskan sup dan masukkan garam dan masukkan bawang goreng atau daun bawang sebagai hiasan.

Hidangkan nasi ayam dengan sos cili, dark soy sauce, taugeh, hirisan timun dan sup.

RENDANG KERANG

BAHAN-BAHANNYA :-

3kg kerang bulu atau kerang biasa
***direbus dengan secubit garam
***dikopek dan ditoskan

40 biji cili padi hijau
10 biji cili padi merah *kalu suka pedas
4 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
2 ulas kunyit hidup *sebesar ibu jari
***diblend halus semua di atas tanpa air (+air sedikit kalu terpaksa)

2 batang serai
4 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit muda
***diricih halus-halus

1kg santan pekat
1 sudu besar jus limau nipis
3 sudu kecil garam
4 sudu besar kerisik

2 senduk minyak masak

CARA-CARANYA :-

- panaskan minyak... betul-betul panas
- tumiskan bahan-bahan yang diblend
***sehingga garing dan naik bau
- masukkan bahan-bahan yang diricih halus-halus
- masukkan santan kesemuanya sekali gus
***dikacau supaya tidak pecah minyak
- bila santan agak panas kelihatan berwap masukkan jus limau... garam...
- kacau lagi hingga mendidih santan
- masukkan kerisik dan kacau
- agak kering masukkan kerang dan kacau gaul sehingga rata seketika
- padamkan api dan sedia dihidangkan

AYAM BAKAR AIR ASAM

bahan A
3 bahagian ayam (sekor ayam potong 4)
serbuk kunyit
garam halus
serbuk lada hitam

-gaul sebati semua bahan dan bakar

Bahan B (air asam)
2 biji bawang besar
2 biji cili merah (cabai besar)
5 tangkai cili padi
2 biji buah tomato
1 inci belacan
garam dan gula secukup rasa
jus asam jawa@ jus limau
1/2 cawan air suam
daun bawang/daun sup (nk lg sedap letak daun kesum)
cara:
1 biji tomato belah 4,1 biji bawang besar belah 4,belacan,garam dan gula,air suam dan jus asam jawa dibland sebati (jgn halus sgt)..kasar2 skit
1 biji tomato hiris nipis,1 biji bawang nesar hiris nipis dan daun bawang/daun sup hiris nipis...masukkan dalam bekas bersama bahan bland..gaul sebati.

APPLE PIE

Pie Crust
2 cawan tepung gandum
130 gram butter yg agak keras dipotong dadu kecil2
sedikit garam
3 sudu air ais

Apple Filling
8 biji apple
1/2 cawan brown sugar
5 sudu gula biasa
2 batang kayu manis
2 sudu air.

Cara-cara
1. Ayak tepung bersama garam. Kemudian masukkan butter. Sebatikan dengan tepung dengan menggunakan fork. Jgn guna tgn utk mengekalkan suhu sejuk butter. Makin sejuk suhu yg dpt dikekalkan, makin gebu pie crust nnti.
2. Adunan ptt kelihatan seperti tekstur bread crumb. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau guna fork dahulu, kemudian baru guna tgn. Tak perlu uli lama2. Uli sekadar boleh utk combine adunan sahaja. kalau adunan masih tak boleh nak combine, tambah air lg sedkit. Pastikan jgn terlalu lembik. Nanti tak boleh canai. Simpan dlm fridge for 30 minutes at least sebelum canai.
2. Sementara itu, buang kulit apple, potong apple bentuk dadu atau hiris nipis2. Ikut kesukaan masing2.
3. Kemudian masak gula bersama 2 sudu air, masukkan kayu manis. Masak sehingga gula agak keperangan dan kemudian masukkan apple.
4. Masak sehingga apple agak empuk dan kemudian sejukkan dulu sebelum isikan dlm pie. Jangan lupa buang kayu manis.
5. bahagikan adunan pie kepada dua. Satu bahagian hendaklah lebih byk dr yg lagi satu. Bahagian yg lebih byk itu dicanai utk bahagian bwh pie. Canai dlm ketebalan 2 cm. Kemudian masukkan inti pie. Canai lagi satu bahagian utk tutup di atas. Buatlah ikut kreativiti masing2.
6. Sapukan telur kuning di atas pie. Bakar selama 40 min dgn suhu 175 darjah celcius. 

APAM SARANG SEMUT

bhn;1cwn gula+1cwn air panas,bt gula hangus
1/2 cwn minyak masak @1/2 cwn butter or majerin dicairkan
2sudu besar susu pekat
1sk soda bikarbonat
11/2 cwn tepung gandum+esen vanilla
telur A 3biji @ 4bj telur c

cara
1.bt gula hangus dan sejukan sebentar
2.semua bhn2kecuali tepung dan sodabikarbonat diblender 3minit
3.tuang dlm mangkuk besar,dan masukkan tepung dan soda yg diayak,,kaub balikkan tepung sikit2 sehingga habis sehingga sebati...
4.kukus di dlm loyang yg disapu majerin @minyak.kukus 30min-45 minsehingga msk,,,jika guna mangkuk2acuan yg kecil2 tu kukus 15min jer.

KEK COKLAT KARAMEL

Bahan karamel:
2 sudu besar gula dijadikan karamel

Bahan Puding:
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 biji telur
sedikit esen
* Semua bahan di atas dipukul lembut.

Bahan kek:
Bahan A:
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
* Semua bahan di atas dimasak sebentar di atas api.

Bahan B:
11/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
* Semua bahan di atas diayak.

Bahan C:
3 biji telur - diblend.

Cara-cara:
1. Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A. Ketepikan.
2. Masukkan bahan puding di dalam karamel. Kukus 20 minit dengan api sederhana.
3. Masukkan kesemua bahan kek ke dalam puding. Kukus 1jam atau sehingga masak.

KOCCI PANDAN

bhn2 ; 1)Tepung pulut 1pkt,air daun pandan yg diblender tapis airnya dlm semangkuk+pewarna hijau epal beberapa titik..uli tepung sampai jadi doh tepung x lekat di jari.
2) Intinya;1/2biji kelapa parut,sekeping gula anau @gula kabung @gula merah+gula pasir 2 sudu besar(manis ikut suka)+1/2 cwn air+2 sb tepung gandum dan masak kacau sehingga kering.
3)santan;1/2 biji santan pekat anggaran 2cwn @1 kotak santan+1cwn air+3 sudu tepung gandum+1/2 sdk garam,masakkan sehingga pekat dgn api yg sederhana,sentiasa kacau supaya tidak bergentel2..
4)ambil tepung sebesar buah pinpong dan leperkan dan ditaruk inti dan tutupkan buat seperti bola2 kecil,,dan masukkan dlm kukus yg dilapik dengan daun pisang yg disapu minyak msk.
5)kukus 8-10 min,jika tepung sudah berkilat tanda ianya sudah masak,,jgn terlalu lama nanti kueh benyek.
6)apabila kueh sudah masak,boleh lah dibungkus balut dgn daun pisang yg telah dilayukan terlebih dahulu,,dan kemudian dicurahkan santan pekatkeatas kueh dan balut lipat dgn kemas,,bt bentuk bujur.

AYAM BEREMPAH

1 ekor ayam (dibersihkan&potong mengikut saiz kesukaan)
**5 ulas bawang putih
**7 ulas bawang merah
**2 inci halia
**4 batang serai (saiz sederhana)
3 s/besar cili kisar/cili boh
1/2 s/kecil serbuk ketumbar
1/2 s/kecil serbuk jintan manis
1/2 s/kecil serbuk jintan putih
1/2 s/kecil serbuk oregano (tak ada pun tak apa)
1/2 s/kecil serbuk black pepper (tak ada pun tak apa)
2 s/besar serbuk kari daging
2-3 tangkai daun kari
Garam (secukup rasa)
Minyak untuk menggoreng
**Bahan-bahan dikisar halus
Cara-cara:
-Campurkan semua bahan di atas bersama dengan ayam (kecuali daun kari&minyak). Gaul sebati
-Perap ayam 30minit- hingga 1jam.
-Panaskan minyak secukupnya ke dalam kuali (pastikan ayam tenggelam semasa menggoreng)
-Goreng ayam. Kawal api supaya bahan2 kisar tidak hangit semasa menggoreng.
-Taburkan daun kari ke dalam kuali ketika ayam sudah 1/2 masak.
-Sesudah ayam masak&garing, angkat, toskan minyak.

BANANA FITTER WITH CHEESE

bahan2nya (A)

2biji pisang (ikut suka) sha pakai pisang berangan!!!
1/2 cawan tepung beras
minyak untuk mgoreng

Cara2 nya ambil pisang & dibelah 2 basahkan sedikit dgn air & "dibedak kan" dgn tepung beras td..& digoreng sehingga kekuningan.

bahan (B)

3sudu susu pekat manis
cheese parut

cara2nya
ambil pisang y sudah digoreng tadi.... sapukan dgn susu manis (ikut suka nk manis tebalkan lapisan susu manis 2)
& taburkan cheese y telah diparut.... lebih sedap dimakan semasa pisang masih panas!! 

TEPUNG PELITA

bahan2nya

20biji bekas dari daun pisang y telah dijadikan seperti sampan.

1biji kelapa (diblander dgn 5 cawan air untuk jadikan 5 cawan santan nk lebih lemak tambahkan lagi 1/2 bj kelapa)

1 cawan tepung beras

sedikit garam

2 1/2 cawan gula

setitik pewarna hijau

#gula & pewarna hijau hendaklah dicampurkan...gaul2 sehingga rata

cara2nya:-

campurkan 5 cawan santan,1 cawan tepung beras & sedikit garam didalam periuk..... gaul sehingga sebati.

kacau diatas api sederhana sehingga naik wap sahaja

masukan gula y telah dicampur pewarna hijau td dlm bekas daun pisang... sesudu teh sahaja (ikit suka kalau nk manis + lagi)

masuk adunan y telah dikacau tadi kedalam bekas daun pisang..

dan kukus selama 15 minit,keluarkan dan sejukan,lebih sedap simpan dalam peti ais

APAM MEKAR BLUEBERRY

bhn2nyaa;
250gm gula (2cwn)
2bj telur
1sdk esen vanilaa
200ml susu segar perisa grape blueberrie(botol warna purple-magnolia)
300gm tpg gdum(3wn)
1sdk oveletted
pewarna purple 1 penutupnya
paper cup yg comel2
mangkuk2 kecil sy gnkan mangkuk acuan kuih lompang
cara2nya
1.pukul telur+gula hingga kembang,masukkan oveletted,esen pukul lg sampai sebati.
2.masukkantepung sikit2 selang seli dgn susu bt sampai habis,,kacau dgn senduk kaub balikan sampai sebati.
3.letak pewarna dan kacau lg sehingga warna sekata..
4.susun paper cup ke dlm mangkuk2 kecil dan isikan adunan 3/4 jgn sampai melimpah..
5.kukus dgn menggunakan api yg kuat,,klu api x kuat,,,nanti x pecah dan x kembang mekar...ok 

TONGSENG AYAM


Bahan:-
- ayam
- santan kental
- air 350ml
- tomato hijau potong empat
- cabe rawit 10biji masih utuh tanpa potong
- terung di potong2
- serai 2 batang digebrak
- kicap manis ABC 2sd
- minyak goreng untuk menumis
- serbuk lada putih 1/2 sd
- garam secukupnya
- gula melaka

Bumbu halus
- bawang merah 5biji
- bawang putih 3biji
- cabe merah 2biji
- buah keras 2 biji
- ketumbar 1/2 sd

Cara membuatnya:-
- tumis bahan yg dihaluskan dan serai hingga harum. Masukkan cabe rawit dan ayam, masak hingga ayam kekuningan.
- tuang air, didihkan, masak hingga ayam lunak
- tambah bahan lain, masak hingga matang. Angkat dan sajikan

KEK MENTEGA CEMPEDAK

Kek yg harum mewangi dan enak dinikmati...cuba lah

250 gm mentega
200 gm gula
4 biji telur gred A
250 gm tepung kek (saya guna tepung gandum + 1 1/2 sk baking powder - diayak)
200 gm isi cempedak yang dihiris kecil - saya guna gunting sbb isinya lembik utk dihiris(kalau nak letak lebih skit pun boleh)
------
Pukul mentega dan gula hingga gebu dan pucat.
Masukkan telur sebiji2 sambil terus dipukul.
Masukkan tepung dan pukul sebentar hingga sebati.
Masukkan isi cempedak dan gaul rata menggunakan spatula/senduk.
Masukkan dalam loyang yg telah dilapik dgn baking paper dan bakar di dalam oven yg telah dipanaskan dahulu dgn suhu 160° celcius selama 45 minit atau hingga masak. Guna api atas bawah ye.

BLACKPAPPER PIZZA PITTA

Bahan A
1 keping roti pita..
sos cili
mayonis
2 keping keju cheesedale
keju mozarela diparut 1/3 cawan
sosej (rebus dlu dan hiris nipis)
1-2 sudu besar serbuk lada hitam

bahan tumis:
1 labu bawang besar (dadukan)
2 ulas bawang putih (cincang halus)
2 sudu serbuk kari
2 sudu kecil garam
sedikit gula
isi ayam (dicincang) nak guna daging boleh juga
1 senduk mix vegitable
1/3 cawan air
1 sudu mentega.

cara penyediaan:
-cairkan mentega.tumis bawang merah dan bawang putih sampai kekuningan
-masukkan rempah kari dan masak sampai garing
-masukkan isi ayam(daging pun boleh) dan tmbah 1/3 cawan air..masak sampai ayam empuk dan hampir kering air..
-masukkan mix vegitable
-masukkan garam dan gula..kalau sebati dan padamkan api
-ketepikan

-panaskan double grill pan vantage..
-masukkan roti pita yg telah disapu dengan sos cili dan mayonis
-letak 1 keping keju cheesdale
-letak inti yg dimasak tadi
-letak lagi sekeping cheesedale..letak potongan sosej
-tabur parutan keju mozarella
-tabur serbuk lada hitam
-bakar sampai keju cair...lebih kurang 10-15 mnt (api paling slow)

MEATBALL

250-300gm Daging Cincang 
Bawang putih – optional je tak letak pun takpe
Sebiji bawang besar Holland – dicincang sgt halus
Bread crumb – agak agak la ¾ cwn, untuk kekentalannya
1/3 cawan tepung gandum
2 biji telur – di pukul sedikit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit lada sulah
¼ cawan susu segar
Secubit allspice – tak letak pun takpe
Sedikit minyak untuk mengguli
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
Masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam dan sulah, tepung gandum, susu, telur dan garam. Uli semua bahan tersebut hingga rata serta kental, Kalau agak lembik, sila tambahkan lagi breadcrump itu. sedia untuk bulatkan meatball itu comey comey..
Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat. Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit.
Kalau taknak kukus nak goreng terus pun terpulang la.
Saya kukus terlebih dahulu kemudian bakar dalam oven beberapa minit.

Untuk Gravynya :

1 biji bawang besar holland -dipotong dadu lalu digoreng hingga layu sahaja, dan ketepikan.
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji tomato besar- di potong dadu
1 1/2 cawan air sejuk, *
100ml susu segar/susu cair *
3 sudu sos tomato *
3 sudu sos tiram *
2 sudu kicap manis *
2 sudu lada hitam *
1 cube ayam/ daging* - saya guna kiub daging lembu, lebih terasa keenakkannya..
sesudu gula * - ikut taste la, saya tak letak sebab dah secukup rasa

Cara-caranya:

1. Caikan butter dan masukkan tepung gandung, goreng hingga warnanya bertukar agak keperangan.
2. Kemudian, masukkan bawang yang telah digoreng tadi dan seterusnya tomato.
3. Masukkan semua bahan2 yang bertanda * , kacau sebati hingga mendidih.
4. Sejukkan seketika dan kisar sos ini supaya bahan2 seperti bawang dan tomata itu tadi hancur .

Untuk sayuran:
Baby Carrot
Brokoli
dikukus beberapa minit sahaja.. dan apabila diangkatnya terus rendam seketika dalam air ais..
tujuannya untuk kerangupan sayuran tersebut.. cubitkan sedikit garam untuk rasa..

BLACKPAPPER ROASTED CHICKEN BAKED POTATOES

Bahan:
Seekor ayam
4 biji kentang
sepaket kecil baby carrots
7 sudu butter
4-5 sudu blackpepper yg telah dihancurkan
5 sudu kicap manis
2 sudu oregano
bawang putih 1 cloves
Sos blackpepper satu cawan
Sos tiram 3 sudu
Tepung jagung 4 sudu dibancuh dgn sedkit air
Air 2 cawan
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk menumis

Cara2nya
1. Cuci ayam bersih2 termasuk di dalam perutnya. Kemudian, sapu butter pada seluruh badan ayam. Sapu juga butter di bawah kulit ayam, di dalam badannye. Urut2 ayam dgn butter tersebut utk melembutkan isi ayam.
2. Di dalam sebuah mangkuk kecil, campurkan sos tiram, kicap manis, 8 sudu sos blackpepper, oregano dan blackpepper yg telah di hancurkan dan sedikit garam. Kacaukan dan kemudian gaulkan bahan ini pada ayam.Pastikan setiap bahagian ayam di gaulkan dgn bahan ini. Gaulkan juga pada kentang dan baby carrot. Masukkan sebahagian kentang dan baby carrot di dalam perut ayam untuk menambah kemanisan ayam.
3. Bakar semuanya selama 50 min ke sejam bergantung pd oven pada suhu 185 darjah celcius. Pada min ke 30, terbalikkan ayam supaya bahagian bawah juga masak dan garing.
4. Untuk membuat sos blackpepper, cincang hancur2 bawang putih dan tumiskan. Kemudian masukkan baki sos blackpepper. Masukkan juga sedikit lg blackpepper yg telah di hancurkan. Kemudian masukkan air dan garam secukup rasa. Akhir skali masukkan bancuhan tepung jagung. Masak sehingga mendidih.

KUIH LAPIS

1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar (penuh) tepung jagung
2 sudu besar (penuh) tepung beras
4 sudu besar (penuh) gula
1 cawan pati santan pekat
2 cawan air suam
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil minyak jagung (sy guna minyak masak ja)
pewarna (merah,putih,hijau)

cara:
panaskan periuk kukusan (air 3/4 periuk)
-masukkan santan, air suam,minyak,tepung gandum,tepung beras,tepung jagung,garam dan gula dalam blander
-bland semua bahan sampai sebati
-tapis bahan supaya tak ada tepung yang berketul
-bahagikan adunan kepada 3 bekas dan masukkan pewarna 2 bekas..1 bekas xde pewarna (sy lebihkan yg xda pewarna)
-panaskan acuan dalam kukusan(sy lapik plastik dalam acuan supaya xmelekat (kalau xde plastik boleh sapu bekas dengan minyak)
-masukkan lapisan 1 (putih) dan kukus selama 5mnt
-masukkan lapisan kedua (merah) kukus lg 5 mnt
-masukkan lapisan seterusnya sampai habis
-kukus lapisan terakhir selama 15-20mnt
-dah masak tunggu sejuk baru potong
-sedia hidang.