Tuesday 2 April 2013

KEK KUKUS HAWFLAKES

Bahan2: 
250gm mentega 120gm gula kastor 5bj telur 1sudu teh esen vanila 200gm tepung Gandum 1sudu teh serbuk penaik 5sudu makan susu manis 5sudu makan sri kaya 1paket Hawflakes pwrna kesukaan.

Cara2:
Pukul mantega,gula dan esen vanila hingga kembang..Masukkan telur satu persatu dan pukul hngga sebati.Setelah sebati,satukan susu manis sri kaya dan gaul sebati.. setelah sebati,masukkan tpg gandum ngn serbuk penaik gaul shngga sebati..Lpas tu,bahagikan adunan dan warnakan..setiap lapisan di kukus dlm msa 5minit-10 mnit.
*kek peanut 2..semua bahan sama..tp kalo adunan di bahagi 2 bahagian stiap bahagian kita bubuh peanut butter..warna pon ikut suka sendiri.


APAM GULA HANGUS

2 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.
Cara-cara

Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

KETAYAP POLKADOT

Bahan A
• 1 cawan tepung gandum
• 1 biji telur
• 2 helai daun pandan @ beberapa titik asen pandan
• 1 1/2 cawan susu cair atau santan
• 1 sudu teh garam
• pewarna hijau & kuning
• 1 sudu besar majerin dicairkan
• sedikit minyak utk disapu pada kuali
Inti
• 1/2 biji kelapa parut putih
• 3/4 cawan gula merah / 1 keping gula melaka
• ¼ cawan air
• 1 helai daun pandan@ asen pandan
• 1 sudu besar tepung pulut/jagung


Untuk INTI:

- campurkan air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
- Masak hingga pekat dan masukkan kelapa parut taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
-
Untuk DADAR ketayap :

- Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis.
- Asingkan kepada 2 warna..kuning dan hijau.untuk adunan polkadot(hijau), tambahkan sedikit tepung supaya lebih pekat.
- Panaskan kuali/pan, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan senduk adunan tadi dan layangkan kuali/pan agar adunan tadi bulat. (*kemudian ,bila adunan dah hampir masak, dot-dotkan atas adunan dengan hijau).saya guna botol plastic letak kicap tu.yg kecil.kalau guna plastic 3 segi dan guntingkan muncungnya pun boleh.
- Biarkan masak sehingga 1 minit, angkat jangan terlalu lama. (angkat dan terbalikkan bahagian polkadot ke bawah.)
- Terus letakkan inti dan gulung. 


KEBAB ROTI GARDENIA

Roti Gardenia (ikut la berapa keeping nak guna)
Telur (1biji)
serbuk roti
minyak masak
daging burger
salad,timun,tomato
Mula2 ambil dua keping roti gardenia.susun sama.gelek sampai nipis.ambil tudung bentuk bulat@ guna penutup balang plastik yg letak biskut raya tu.tekan sampai putus roti jd bentuk bulat.potong dua jd bentuk separuh bulat. Celup dlm telur.salutkn serbuk roti.goreng dlm api perlahan.bila dh garing,angkat.kemudian buat ruang tengah2.cungkil2 guna hujung pisau ja.masukn salad,timun,tomato.inti letak daging burger goreng ja.masukn sos n mayonis.
*kalau inti lain pun blh.sardin ka,smbl bilis ka.xpun inti karipap.


CHURROS


Bahan-bahan ( 2-3 org )
• 1 cawan air
• 1 sudu makan gula
• 1 1/4 cawan tepung gandum
• 1 biji telur - size L
• 1/2 sudu kecil garam
• 1 sudu makan butter
Cara-cara

• Didihkan air, garam, butter dan juga gula. Kecilkan api.
• Masukkan tepung. Kacau cepat2 agar tepung tidak berketul kemudian angkat dari api (adunan akan melekat2)
• Terus masukkan telur dan kacau sebati.
• Bulatkan adunan jd doh kecil2 dan masukkan ke dalam acuan (bleh gune nozle bentuk bintang dan masukkan dlm piping cetak yg aluminium tu)
• Tekan acuan dan biarkan doh keluar sepanjang 2-3 inci kemudian potong (ikut suka nak pnjg mana)
• Panaskan api dan goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.
• Taburkan gula+cinnamon kalau suka atau celupkan je dalam coklat cair hersley tu.


COKLAT CHIP MUFFINS

2 cawan tepung gandum
1 Tbsp Baking Powder
½ tsp garam
1/8 tsp serbuk coffee/nescafe
satu paket besar chocolate chips (ikut kehendak)
2/3 cawan Whole Milk
½ cawan butter yang dicairkan
2 tbsp buttermilk/sour cream
2 biji telur
½ tsp Vanilla Extract
1/3 cawan gula halus
1/3 cawan Brown Sugar

Steps:
1) Panaskan oven pada 180 degrees. Dalam masa yg sama, boleh sediakan substitute utk buttermilk kalau xnak beli. Tuang 1/3 cawan whole milk dan kemudian campurkan bersama 2 sudu cuka masakan atau cuka buahan. sy guna apple cider vinegar. Biar selama 10 minit kemudian kacau dan boleh digunakan.

2) Dalam sebuah mangkuk kecil, campurkan kesemua 4 bahan pertama dlm resipi di atas dan ketepikan.

3) Dalam mangkuk kecil yg lain, campurkan semua chocolate chips dan separuh dr campuran tepung. Gaulkan dan pastikan setiap chocolate chip bersalut dgn tepung. Ini adalah tips utk memastikan apabila muffin di masak, choc chips tidak akan tenggelam ke dasar muffin dan melekat.

4) Dalam mangkuk yg besar, campurkan semua bahan2 basah. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan semua bahan kering dan kacau. Jgn over mix or else nnti muffin takkan naik. Masukkan pula choc chips bersalut tepung tadi. Gunakan spatula utk kaup balik adunan.

5) isikan muffin 3/4 cawan. kemudian bakar selama 15 hingga 18 min. Boleh check menggunakan lidi dan lihat jika adunan masih melekat, biarkan lg beberapa minit

KEK COLKAT YOGURT

BAHAN2: 
Saiz loyang: 9" bulat
1 cwn Serbuk Koko ( saya + 1 sb nescefe atau apa2 jenama instant coffee)
1 cwn Air Panas
1 cwn Mentega - di lembutkan
2½ cwn Gula ~ (saya guna 2 1/4 cwn)
4 bj Telur gred C
2 st Esen Vanilla
3 cwn Tepung Kek* (saya guna tepung gandum)
2 st Baking Soda*
1 st Baking Powder*
½ st Garam* (* ayak sekali)
1 cwn Sour Cream (saya guna plain yogurt)

CARA2:
1. Campurkan koko + nescefe & air panas. Ketepikan.
2. Pukul mentega & gula sehingga gebu. Masukkan esen vanila & telur sebiji2 sambil di pukul rata.
Gaulkan tepung & sour cream berselang-seli sehingga habis & sebati.
Akhir sekali, gaulkan bancuhan koko tadi.
3. Bakar 170C selama 1 jam sehingga masak (test dgn lidi).
4. Keluarkan dari acuan selepas 10min dan sejukkan. (Potong kek kpd 2 atau 3 lapisan atau tak payah potong). Lapiskan/di sapukan dgn chocolate ganache.

CHOCOLATE GANACHE:

450g Coklat - potong kecil
300g Cream - Masukkan ke dlm periuk kecil & masak dgn api kecil sehingga coklat cair. - Sejukkan sedikit sebelum di sapu ke atas kek.