Tuesday 2 April 2013

KEK COLKAT YOGURT

BAHAN2: 
Saiz loyang: 9" bulat
1 cwn Serbuk Koko ( saya + 1 sb nescefe atau apa2 jenama instant coffee)
1 cwn Air Panas
1 cwn Mentega - di lembutkan
2½ cwn Gula ~ (saya guna 2 1/4 cwn)
4 bj Telur gred C
2 st Esen Vanilla
3 cwn Tepung Kek* (saya guna tepung gandum)
2 st Baking Soda*
1 st Baking Powder*
½ st Garam* (* ayak sekali)
1 cwn Sour Cream (saya guna plain yogurt)

CARA2:
1. Campurkan koko + nescefe & air panas. Ketepikan.
2. Pukul mentega & gula sehingga gebu. Masukkan esen vanila & telur sebiji2 sambil di pukul rata.
Gaulkan tepung & sour cream berselang-seli sehingga habis & sebati.
Akhir sekali, gaulkan bancuhan koko tadi.
3. Bakar 170C selama 1 jam sehingga masak (test dgn lidi).
4. Keluarkan dari acuan selepas 10min dan sejukkan. (Potong kek kpd 2 atau 3 lapisan atau tak payah potong). Lapiskan/di sapukan dgn chocolate ganache.

CHOCOLATE GANACHE:

450g Coklat - potong kecil
300g Cream - Masukkan ke dlm periuk kecil & masak dgn api kecil sehingga coklat cair. - Sejukkan sedikit sebelum di sapu ke atas kek.

No comments:

Post a Comment