Tuesday 2 April 2013

KUIH SERI MUKA

Bahan-Bahan

Lapisan Bawah
2 cawan Beras Pulut (Jangan guna pulut susu)
3½ cawan santan
½ sudu Garam (secukup rasa)

Lapisan Atas
½ cawan santan
4 helai daun pandan
1 biji kuning telur
5 sudu tepung jagung
1 cawan tepung gandum
1½ cawan gula
1½ sudu garam
sedikit air kapur

Cara-cara membuat

Lapisan bawah
1) Panaskan kukusan
2) Basuh beras pulut dan toskan
3) Masukkan beras pulut yang ditoskan kedalam Loyang dan tuang 3½ cawan santan.
4)Kemudian kukus sehingga masak.

Lapisan Atas
1) Kisar 3@4 daun pandan, dan tapis.
2) kemudian, ambil ½ cawan santan campur dengan tapisan pandan itu tadi.
3) Kacau sebatian tadi sehingga rata, dan masukkan kuning telur, tepung jagung, tepung gandum, gula, garam dan sedikit air kapur. Kacau dan kisar sehingga semua bahan itu sebati.

Seterusnya
1) keluarkan lapisan bawah dari bekas kukusan (hati-hati sangat panas !), kemudian tekan pulut sehingga ia mampat dan padat
2)Dah mampat dan kemas, tuang sebatian lapisan atas.
3) Dan, cepat2 masukkan dalam bekas kukusan, KUKUS sehingga ia masak, lebih kurang 1 jam 40 minit.
6) Selepas kuih dah masak, biarkan ia sejuk dan keras.. 

No comments:

Post a Comment