Bahan-bahan:
Untuk dijadikan pes kari hijau:
10 bj cili hijau besar
20 bj cili padi hijau (+/-)
3 btg serai
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 cm lengkuas
1 cm kunyit atau stgh sudu teh serbuk kunyit
5 akar daun ketumbar
5 helau daun limau purut, buang urat tengah
Satu sudu teh lada putih
2 sudu teh ketumbar / serbuk ketumbar
2 sudu teh jintan putih / serbuk jintan putih
Satu sudu belacan, dibakar
Sedikit garam
(Semua bahan ini dilumatkan dengan lesung atau dikisar)
1 kg isi ayam (boleh guna tulang jika suka)
2 cwn santan pekat
2 cwn santan cair
Terung bulat, dipotong dan rendam dlm air
Terung pipit (pea eggplants)
5 helai daun limau purut, buang urat tengah dan carikkan
Daun selasih (Thai basil)
Gula nibung (boleh guna gula)
Sos ikan (boleh ganti kicap cair)
Cara-cara:
- tumis pes kari hijau dgn sedikit minyak hingga wangi.
- masukkan santan pekat, reneh dgn api perlahan hingga pecah minyak, kacau.
- biar sehingga kuah sedikit kering dan pekat, masukkan santan cair, ayam, terung bulat dan terung pipit.
- tambah garam, gula dan sos ikan, sesuaikan rasa.
- biar mereneh dgn api perlahan sehingga ayam empuk dan terung lembut.
- masukkan daun limau purut dan akhir skali daun selasih.
- sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment