Bahan-bahan:
250 gm buttercup
200 gm milo (1 paket kecil)
1/2 tin susu pekat
1/2 paket biskut marie
sedikit serbuk koko
*chocolate rice (hiasan)
Cara-cara:
1. Cairkan buttercup.
2. Masukkan susu pekat. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan milo dan serbuk koko. Kacau hingga sebati dan sedikit pekat. Tutup api.
4. Masukkan sedikit adunan coklat ke dalam bekas. Susun biskut marie di atasnya. Masukkan adunan lagi diikuti biskut. Ulang hingga habis. *Pastikan lapisan terakhir adunan coklat.
5. Hiaskan chocolate rice di atasnya.
6. Sejukkan di dalam peti sejuk.
No comments:
Post a Comment