Monday, 25 February 2013

AYAM BEREMPAH

1 ekor ayam (dibersihkan&potong mengikut saiz kesukaan)
**5 ulas bawang putih
**7 ulas bawang merah
**2 inci halia
**4 batang serai (saiz sederhana)
3 s/besar cili kisar/cili boh
1/2 s/kecil serbuk ketumbar
1/2 s/kecil serbuk jintan manis
1/2 s/kecil serbuk jintan putih
1/2 s/kecil serbuk oregano (tak ada pun tak apa)
1/2 s/kecil serbuk black pepper (tak ada pun tak apa)
2 s/besar serbuk kari daging
2-3 tangkai daun kari
Garam (secukup rasa)
Minyak untuk menggoreng
**Bahan-bahan dikisar halus
Cara-cara:
-Campurkan semua bahan di atas bersama dengan ayam (kecuali daun kari&minyak). Gaul sebati
-Perap ayam 30minit- hingga 1jam.
-Panaskan minyak secukupnya ke dalam kuali (pastikan ayam tenggelam semasa menggoreng)
-Goreng ayam. Kawal api supaya bahan2 kisar tidak hangit semasa menggoreng.
-Taburkan daun kari ke dalam kuali ketika ayam sudah 1/2 masak.
-Sesudah ayam masak&garing, angkat, toskan minyak.

No comments:

Post a Comment