Monday, 25 February 2013
MEE KARI KERANG
Bahan Basah
1/2 ekor ayam - di potong kecil
10 sb rempah kari daging (bancuh dg sedikit air)
1 keping asam keping
1 cawan santan (sy guna guna santan kotak)
Tauhu kering sepaket - dibelah 2
1 kg isi kerang atau lebih
6 sudu minyak masak
3 keping fishcake- hiris nipis
Garam dan sedikit gula
Air secukupnya
Bahan Kisar
6 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sb cili kisar (boleh juga guna serbuk cili)
1 btg serai
2 sb udang kering- rendam & tos
Bahan Tumis
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
2 batang serai - ketuk
Bahan Kering
Mee yg di celur
Taugeh dan Sawi yg di celur
potongan cili merah
bawang goreng
1. Panaskan minyak. Masukkan bahan2 tumis dan mula menumis. Kemudian masukkan bahan2 kisar dan tumis semuanya sehingga agak garing. Masukkan rempah kari yg telah di bancuh dgn sedikit air. Tumis lg sehingga rempah garing dan masak.
2. Masukkan bahan basah seperti ayam dan gaul. Kemudian masukkan air. Apabila air mendidih, masukkan kerang dan fishcake. Masukkan asam keping, gula dan garam. Kemudian masukkan santan. Kacau sehingga pecah minyak. Masukkan tauhu kering.
3. Masak sehingga mendidih dan kemudian bolehlah menghidang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment