Friday, 22 February 2013

TART CHEESE

Sebelum kita buat Cheese tart kita sediakan dulu bahan2 tu buat Shell atau crust dia dulu..

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
**Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.(xsimpan pun xpe..)


Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak. (kekuningan)
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama.


Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni.
Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.



Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tat kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan pula bahan2 tuk membuat cheese dia pula.


250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.(xbketul)
Masukkan telur.. Putar lagi smpai betul2 sebati...

msukkan filling dlm shell & lepas tu masukkan pulak cheese td..

Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi...bakar pada suhu 140c smpai cheese betul2 dah masak..( bila sentuh xmelekat pd jari..)

No comments:

Post a Comment