Monday, 25 February 2013

MOIST CHOCO CAKE

Bahan-Bahan
Untuk 1½ adunan
1½ cawan tepung gandum
½ cawan serbuk koko
½ cawan butter
1 cawan gula halus (gula kastor)
½ cawan minyak masak
1 kotak susu coklat (200 ml)
3 sudu besar susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu kecil baking powder
3 biji telur (size M)

Choc Toping
250g coklat masakan
3 sudu besar whipping cream @ susu cair
3 sudu besar butter

Cara-cara membuatnya
1) Panaskan kukusan
2) Ayak tepung bersama serbuk koko dan baking powder
3) Kemudian pukul telur, gula dan butter sehingga adunan tadi kelihatan kembang. Titiskan esen vanilla sedikit dan teruskan pukul lagi
4) Masukkan campuran yg diayak (tepung, serbuk koko dan baking powder) sedikit demi sedikit ke dalam adunan yang telah dipukul sehingga adunan sebati.
5) Masukkan susu kotak, susu pekat dan minyak. kacau sehingga adunan kelihatan sebati dan tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga 50 minit sehingga masak. (tutup dengan aluminium foil)

Topping cake
1) Panaskan semua bahan secara double boiler
2) bila nampak coklat dah cair tutupkan api dan terus mengacau sehingga coklat dan bahan-bahan lain sebati.
3) kemudian, tuangkan keatas kek dan hias

No comments:

Post a Comment