Monday, 25 February 2013

SAMBAL TUMIS SOSEJ CENDAWAN TIRAM

Bahan-bahan 
1 paket hotdog daging - potong ikutsuka 
1 bungkus cendawan tiram - potong sederhana kecil 10-15 tangkai cili kering, rendam dengan air panas
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sejemput ikan bilis
1 sudu teh cuka
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh gula
2-3 sudu minyak masak
sedikit garam dan serbuk perasa
1 labu bawang besar dihiris

Cara-cara

Kisar cili bersama bawang dan ikan bilis.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak
masukkan hotdog dan cendawan dan kacau, masukkan sedikit air untuk lembutkan cendawan
masukkan cuka, sos tiram, gula, bawang besar dan garam serta serbuk perasa
Kacau sentiasa hingga hotdog dan cendawan masak
matikan api. rasa garamnya.

No comments:

Post a Comment