Monday, 25 February 2013

DOUBLE CHOCOLATE CAKE

Bahan2 Cake:
1 3/4 cawan tepung gandum*
2 cawan gula caster
3/4 cawan serbuk koko (sy pakai Vochelle)*
2 sudu kecil soda bikarbonat*
1 sudu kecil tepung penaik*
1 sudu kecil kosher salt*
1 cawan buttermilk (Boleh buat sndiri-1 cawan susu di tambah 4 sudu cuka masakan dan biar selama 15 min)
200 gram butter
2 biji telur besar
1 sudu kecil pure vanilla extract
2 sudu kecil serbuk kopi*

Bahan2 Filling:
80 gram butter
7 sudu serbuk koko
1/2 cawan gula caster
2 sudu air di campur sedikit serbuk kopi

Bahan2 topping:
100 gram coklat masakan
1/2 cawan gula caster
2 sudu besar air
Sedikit lg coklat utk diparut

Cara2
1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius. Ayak bahan2 bertanda *. Pukul butter bersama gula sehingga kembang dgn mixer. Kemudian masukkan telur dan pukul lg sehingga kembang. Masukkan vanilla essence. Kemudian masukkan bahan2 kering sedikit demi sedikit dan kacau dgn speed perlahan. Kemudian masukkan pula buttermilk. Pukul sebentar sehingga sebati dan kemudian kacau menggunakan spatula. Masukkan di dalam baking tray dan bakar selama 40 min. Cucuk di tgh utk pastikan telah masak. Setelah masak, sejukkan dulu kemudian potong kek kepada dua lapisan.
2. Utk filling, pukul butter bersama gula sehingga kembang. Kemudian masukkan serbuk coklat dan air bancuhan kopi. Kacau sehingga rata. Sejukkan dulu kemudian baru di letakkan di tengah2 lapisan kek.
3. untuk topping, cairkan coklat menggunakan double boiler. Kacau gula bersama air. Kemudian masukkan coklat cair itu ke dalam gula. kacau sehingga sebati dan terus letakkan topping di atas kek.
4. Parut sedikit coklat utk di jadikan hiasan.

No comments:

Post a Comment