Monday, 25 February 2013

AYAM PERCIK MADU

Bahan-bahan :
(terung bakar dgn sambal cili padi tu abaikan. Gambar ni dah tersnap sekali pulak.Heheh)

1 ekor ayam di potong 12.
2 cawan santan pekat
3 sudu besar gula (boleh tambah kalau suka manis)
4 sudu besar madu
1 sudu teh halba
Garam secukup rasa
1 kiub ayam
3 sudu besar cili kisar
Sedikit minyak untuk menumis


Bahan untuk dikisar :

5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
3 cm halia, lengkuas dan kunyit
5 batang serai


Cara-cara :

1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar bersama cili kisar sehingga naik bau. Tak garing sangat pun tak apa. Saya suka kalau bahan kisar tu kering. Tak diblend dengan air. Kalau ada blender kering lagi senang. Kalau tidak. Rajin-rajinlah menumbuk ya.

2. Masukkan ayam. Masak dengan api SEDERHANA. Biar ayam masak perlahan-lahan. Nanti lembut isi daging. Masukkan bahan2 yg lain seperti madu, gula, halba, kiub ayam dan perasakan.

3. Lebih kurang 10 minit. Masukkan santan. Kacau. Ayam tak perlu masak sangat. Cukuplah separuh masak saja. Lepas ni nak bakar pulak.

4. Angkat ayam. Kalau ada pemanggang arang. Sedapnya. Dapat bau-bau arang. Takda pun tak apa. Oven pun boleh.

5. Kuah percik tu, lepas ayam diangkat, masak lagi dengan api perlahan sampai pecah minyak.

5. Panggang ayam dengan suhu 180'C selama lebih kurang 45 minit. Selang 15 minit keluarkan ayam. Sapu dengan kuah. Ulang sebanyak 3 kali.

6. Agak-agak dah masak. Letakkan dalam bekas. Curahkan kuah percik. Sedia untuk dimakan.

No comments:

Post a Comment