Monday, 25 February 2013

CHICKEN CURRY PIE

140gram butter, 280gram tepung gandum, secubit garam halus, 1 sudu teh gula hlus, sdkit air sejuk.

Cara : Gaulkan tepung dengan gula halus dan garam hingga rata. Masukkan butter. Butter ni pastikan dalam keadaan sejuk baru keluar dari peti ais. Potong kiub kecil2 kalau dah nak lembut masukkan balik dalam peti ais bagi keras semula.

Ramas semua bahan hingga menjadi seperti serbuk roti. Tambahkan sedikit2 air sejuk. Masukkan air sejuk tu sesudu dulu kalau adunan dah boleh lembut dan mudah di bentuk dah tak payah letak air sjuk lagi kalau masih berderai tambahkan lagi sesudu dan seterusnya hingga adunan menjadi doh yg lembut dan tak melekat di tangan. Bahagikan doh kepada dua. Balut doh dengan wraping plastik dan simpan dalam peti ais 1/2 jam.

Inti plak : 1 biji kentang - potong dadu dan di goreng, 2 ketul bahagian dada ayam - di potong dadu, sbiji lobak merah - di dadu kalau nak guna mix vegetable pon boleh, cendawan butang. Bahan Tumis : 1 labu bawang besar di dadu, 2 ulas bawang putih, 2 sudu minyak masak, gula - secukup rasa, garam - secukup rasa, 1 sudu besar rempah kari, 1 sudu besar tepung jagung - larutkan tepung jagung dgn 2 sudu bsr air

No comments:

Post a Comment