Friday, 22 February 2013

IKAN BAWAL MASAM MANIS

Ikan bawal dibersih dan dipotong. Letak serbuk kunyit dan sedikit garam, goreng. Toskan. Cara sediakan sos : 4 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih ditumbuk halus. 2 labu bawang besar dibelah. 2 biji tomato dibelah 4. 3 tangkai cili hidup dibelah dua. Bawang yg telah ditumbuk ditumis hingga naik bau. Masukkan 2 sudu besar pes cili, kacau hingga pecah minyak. Masukkan air secukupnya, masuk 5 sudu makan sos tomato, 3 sudu makan sos cili (boleh lebih jika suka). Apabila mendidih, bancuhkan 1 sudu makan conflour dgn sedikit air lalu masukkan kedalam kuah yg sedang mendidih. Masukkan kesemua bahan2 yg dipotong tadi. Rasa garam, akhir sekali taburkan sos yh telah masak keatas ikan yg telah digoreng tadi....siap utk dihidang.

No comments:

Post a Comment