Friday, 22 February 2013

DONUT

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar yis mauripan
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar gula
1 sudu besar marjerin
1/2 cawan air suam
sedikit garam
* gula halus - untuk tabur

Cara-cara:
1. Masukkan 2 sudu besar yis ke dalam 1/2 cawan air suam.
2. Masukkan 1 sudu gula ke dalam campuran yis dan air suam tadi. Kacau.
3. Biarkan lebih kurang 15 minit sehingga berbuih.
4. Di dam bekas lain, masukkan 2 cawan tepung gandum, 2 sudu besar susu tepung, 1 sudu besar marjerin, sedikit garam dan campuran yis tadi.
5. Uli sehingga menjadi doh dan bulatkan.
6. Biarkan doh naik 1 kali ganda. Tutup doh dengan plastik.
7. Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bulat-bulatkan.
8. Terap doh menggunakan acuan donut.
9. Biarkan doh naik 1 kali ganda lagi dan agak ringan.
10. Goreng dalam minyak yang banyak dengan api sederhana.
11. Taburkan gula bila donut tadi sedikit sejuk.

::Tips:
* Saya masukkan donut dan gula halus ke dalam plastik dan ikat kemas kemudian goncang-goncangkan untuk meratakan gula pada donut.

No comments:

Post a Comment