Friday, 22 February 2013

PAU KUKUS

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar yis mauripan
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar gula
3 sudu besar minyak masak
1/2 cawan air suam
sedikit garam
* inti - ikut kesukaan

Cara-cara:
1. Masukkan 2 sudu besar yis ke dalam 1/2 cawan air suam.
2. Masukkan 1 sudu gula ke dalam campuran yis dan air suam tadi. Kacau.
3. Biarkan lebih kurang 15 minit sehingga berbuih.
4. Di dam bekas lain, masukkan 2 cawan tepung gandum, 2 sudu besar susu pekat manis, 3 sudu besar minyak masak, sedikit garam dan campuran yis tadi.
5. Uli sehingga menjadi doh dan bulatkan.
6. Biarkan doh naik 1 kali ganda. Tutup doh dengan plastik.
7. Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bulat-bulatkan.
8. Leperkan doh dan isikan inti.
9. Biarkan doh mengembang lagi.
10. Sementara itu, panaskan kukusan. Bila air dah mendidih, kukus pau tadi lebih kurang 10 minit.

No comments:

Post a Comment