Friday, 22 February 2013

KEK FAIR LADY

7 biji telur gred c
100 gm gula
1 sk baking powder
15 ovellete
125 gm tepung gandum
75 gm minyak masak
2 sb susu segar
1 st esen vanila
-----
Pukul telur hingga kembang dgn kelajuan tinggi.
Masukkan ovellete dan pukul lagi sampai gebu.
Masukkan gula dan pukul lagi.
Masukkan susu segar dan esen.
Masukkan tepung yg telah di ayak dengan serbuk penaik dan pukul sebati. Akhir sekali masukkan minyak masak.

Bakar pada suhu 160 celcius. Saya bakar 15 minit sahaja sebab saya buat nipis2 (3 x bakar).

Hias kek setelah betul-betul sejuk.
Ambil sekeping kek dan letakkan di atas papan kek.
Lapiskan atasnya dengan cream dan ulang proses hingga lapisan ke 3.
Salut keseluruhan kek dengan cream dan taburkan dengan parutan coklat putih.

Utk hiasan.
Parutan coklat putih secukupnya. Utk mendapat hasil parutan yg camtik, simpan coklat di dalam peti ais beku selama 5 minit.

Utk salutan kek

250 g cream cheese
100 g mentega
100 g gula ising
1 sb perahan lemon/ sunquick
100 g whipping cream

------
Pukul cheese dan mentega hingga gebu.
Masukkan gula dan pukul lagi.
Masukkan whipping cream dan perisa dan pukul hingga sebati.

No comments:

Post a Comment