Friday, 22 February 2013

PUDING TOHU LAICI

Bahan2nye..
Agar2 35gm amikseparuh jer
1 tin susu cair IDEAL 405g (x kisah jenama apapun bole)
1 tin susu F&N yg tinggi (ikut suka janji susu pekat)
4 tin air (sukat guna tin susu tadi)
4 tin santan cair (sukat guna tin tadi juga , biasa separuh kelapa jer cairkan sampai jadi 4 tin)
Daun pandan 3 helai (x letak pun xpe)
1 tin buah longan atau laici..( err.. biasa guna longan sebab dia kenyal ,laici ni lembik sikit kekadang dia ada macam rasa masam sikit...ikut suka lah yer...)

Caranya:- Senang jer...

1)Masak agar2 dgn air yg 4 tin tadi sampai hancur
2)Masukkan bahan lain (santan,susu) + daun pandan yg diikat
3)bila dah gelegak buang daun pandan tu
4) masukkan dalam bekas dan sejukkan
5) simpan dalam peti ais
6) bila nak makan tuangkan laici atau longan ngan air gula dia dalam puding tu
7) boleh jugak tuang siap2 buah2 tu dengan air gula dia pastu simpan dalam peti.

No comments:

Post a Comment