Friday, 22 February 2013

TART TELUR

Bahan-Bahan Crust :
250gm Buttercup di potong dadu (Dr peti sjuk dibiarkan lembut ttp jgn smpai mncapai suhu bilik)
120gm Gula Aising
2 Biji Telur Gred C
500gm Tepung Gandum
1 Sudu Esen Vanila

- Ayak gula aising dlm mangkuk besar dan masukkan mentega dan pukul hingga sekata. Kemudian masukkan telur dan pukul sekejap biar sekata.
- Masukkan tepung gandum yang diayak sedikit demi sedikit dan gaul sekata dgn tangan sehingga menjadi doh.
- Simpan doh dlm peti sejuk selama 30minit - 1jam atau semalaman.
- Canai doh hingga mendapat ketebalan yg sesuai dan bentukkan didalam acuan tart. Potong dgn pisau lebihan doh dan cucuk dgn garfu di dasarnya.
- Buat sampai habis doh dan bakar dgn suhu 170'C selama 15-20 minit atau sehingga menjadi keperangan sedikit. Ikut jenis oven masing2.
- Adunan ini boleh dpt byk kulit tart bergantung pd acuan. Biarkan sejuk dan boleh disimpan dlm bekas kedap udara.

Bahan-Bahan Filling :
1 Cwn Susu Segar / Susu Cair
1/3 Cwn Gula Halus (tambah jika suka manis)
4 Biji Telur Gred A / 5 Biji Telur Gred C
1 Cwn Air Suam
1 Sudu Besar Tepung Kastard (diayak)
1 Sudu Esen Vanila

- Pukul telur dan gula hingga gula sedikit larut dan masukkan semua bahan dan kacau sehingga sebati.
- Masukkan filling ke dlm kulit tart tadi dan bakar dgn suhu 175'C selama 8-10 minit. ikut jenis oven masing2.
- Biarkan sejuk sekejap dan siap dihidang.

No comments:

Post a Comment